Back To Halal News

Jun 19, 2025 10PM

Pasaran produk penjagaan rambut halal berkembang diunjur capai RM4.56 bilion tahun 2034

Pasaran penjagaan rambut halal global yang kini bernilai RM 2.3 bilion itu dianggarkan akan berkembang secara sekata dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 6.2 peratus, mencapai nilai RM 4.56 bilion pada 2034.

 

Seperti dipetik OpenPR, Fact.Mr berkata, pertumbuhan pesat itu mencerminkan peningkatan pengguna dalam memilih produk penjagaan diri halal atas faktor etika, agama, dan kesihatan, khususnya dalam kalangan populasi Islam global yang semakin berkembang.

 

“Ini kerana produk penjagaan rambut halal dirumuskan berlandaskan syariat Islam di mana ia bebas daripada bahan-bahan haram atau terlarang seperti alkohol dan komponen haiwan yang tidak halal.

 

“Hasilnya, ia menarik perhatian bukan sahaja pengguna Islam tetapi juga dalam kalangan bukan Islam yang mengutamakan produk penjagaan diri yang beretika, organik dan bebas unsur-unsur kekejaman,” katanya.


Syarikat kini tertumpu kepada kepelbagaian produk seperti syampu, perapi dan rawatan khusus untuk menangani keperluan penjagaan rambut khusus. (kredit foto: LinkedIn TY Cosmetic)


Fact. Mr berkata, produk penjagaan rambut halal selalunya dibuat dengan bahan semula jadi dan organik seperti buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan rumpai laut untuk menangani masalah rambut seperti kelemumur, terutamanya bagi wanita dengan kulit kepala tertutup.

 

Kini, pasaran penjagaan rambut Halal didominasi oleh negara-negara dengan populasi Muslim yang tinggi di rantau Asia Pasifik, misalnya Indonesia, Malaysia dan India.

 

Pertumbuhan sektor itu di rantau tersebut didorong oleh peningkatan pendapatan bersih, perubahan gaya hidup, dan pertambahan perbelanjaan untuk produk penjagaan diri.

 

Laporan itu turut menyebut China dijangka memegang 47.5 peratus bahagian pasaran serantau dalam tempoh 9 tahun akan datang manakala Korea Selatan dianggarkan mencapai peningkatan jualan sebanyak 7 peratus CAGR dari tahun 2024 hingga 2034.


Peningkatan bilangan wanita bekerja di negara-negara Islam meningkatkan kuasa beli mereka dengan penjagaan rambut memainkan peranan penting dalam rejimen kecantikan mereka. (kredit foto: Flickr)


“Tumpuan yang semakin meningkat terhadap kesihatan dan keselamatan dalam kalangan pengguna China menunjukkan permintaan tinggi terhadap produk diperakui halal yang dianggap lebih sihat dan bersih kerana pematuhan piawaian halal yang ketat.

 

“Piawaian kawal selia dan pensijilan yang jelas oleh organisasi antarabangsa dan kerajaan mengukuhkan pasaran ini dengan memastikan kepercayaan pengguna terhadap keaslian produk halal terjamin.

 

“Pasaran penjagaan rambut halal juga menyaksikan inovasi yang ketara, dengan syarikat melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mencipta produk yang memenuhi permintaan pengguna,” katanya.

 

Menurut laporan itu lagi, kemajuan teknologi dalam bidang bioteknologi dan pengekstrakan bahan semula jadi membolehkan penyelesaian penjagaan rambut halal dibangunkan agar produk dapat divariasikan dan bertindak lebih berkesan.

 

"Populariti bahan semula jadi dan organik yang semakin meningkat serata dunia dan ditambah dengan kemajuan dalam formulasi produk akan terus membentuk pasaran itu," katanya.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

20 Jun 2025

Waktu solat berikutnya,

Isha

pada

20:42

mosque
imsak

Imsak

05:42:00

fajr

Fajr

05:52:00

syuruk

Syuruk

07:05:00

dhuhr

Dhuhr

13:18:00

asr

Asr

16:43:00

maghrib

Maghrib

19:27:00

isha

Isha

20:42:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase