Back To All

Jun 13, 2025 7AM

Konsert Jelajah Asia Tenggara Maher Zain gegar 3 lokasi

Penyanyi antarabangsa, Maher Zain bakal menghiburkan peminat pada Konsert Jelajah Asia Tenggara 2025 selepas kali terakhir beraksi di Malaysia enam tahun lalu.

 

Penyanyi kontemporari dan rohani, Maher Zain berkata, siri konsert beliau yang berjudul Perjalanan ke Timur Jauh anjuran Yayasan Tengku Abdullah (YTA) itu adalah konsert pertamanya selepas pandemik COVID-19.

 

Untuk rekod, tiket jelajah konsert Maher pada 2019 habis terjual di empat bandar dalam tempoh beberapa hari sekali gus membuktikan kedudukan penyanyi itu sebagai artis muzik rohaniah yang berpengaruh di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sabah.

 

Walaupun beliau akhirnya kembali pada tahun lalu, Malaysia tidak tersenarai sebagai antara negara dalam jejalah globalnya.


Maher berada di Turki dan bersiaran pada jam 11:00 pagi waktu tempatan di sana.


"Malaysia merupakan bab yang sangat penting dalam kerjaya saya, mungkin lebih signifikan berbanding mana-mana negara lain di dunia. 

 

“Hanya segelintir artis yang boleh menyatakan bahawa sesebuah negara telah memainkan peranan sebesar ini dalam membentuk permulaan kerjaya nyanyian mereka," katanya dalam kenyataan. 

 

Maher berkata demikian pada sidang media bersama media tempatan yang diadakan melalui Zoom. Maher ketika itu berada di Turki dan bersiaran pada jam 11:00 pagi waktu tempatan di sana.

 

Untuk rekod, Maher mempunyai 8 juta pengikut di Instagram dan 6.2 juta pendengar bulanan di Spotify yang mendapat inspirasi dan semangat menerusi gabungan muzik kerohanian dan kontemporarinya yang unik.

 

Penyanyi kelahiran Sweden-Lubnan itu juga berkata, lagu-lagu popular miliknya seperti “Insha Allah,” “Baraka Allahu Lakuma,” dan “Thank You Allah” antara lagu yang dijangka akan dipersembahkan.


Lebih daripada sekadar konsert, acara ini bertujuan untuk meraikan perpaduan, inspirasi dan kekuatan muzik yang melangkaui budaya dan komuniti.


Maher memaklumkan, beliau  juga akan mendendangkan karya terbaharunya seperti Qalbi Fil Madinah pada konsertnya yang dijadualkan pada bulan ini.

 

Lokasi singgahan artis rakaman platinum itu adalah Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, The Star Theatre, Singapura dan Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu masing-masing pada 16, 21 dan 23 Ogos.

 

Kuala Lumpur, Singapura, dan Kota Kinabalu dipilih bagi memastikan penonton dari Semenanjung dan Malaysia Timur tidak terpinggir, manakala Singapura pula dipilih berikutan sambutan luar biasa terhadap persembahan Maher Zain di sana tahun lalu.


YTA berharap untuk melihat dewan konsert dipenuhi keluarga, anak muda dan peminat setia tidak mengira latar belakang.


Wakil Barisan Pengurusan Kanan YTA, Dr. Mohd Afiq Farhan Md Hanif berkata,  mereka percaya terhadap kepentingan memupuk masyarakat untuk menghargai seni, ungkapan positif dan nilai-nilai murni.

 

“Konsert ini bukan sahaja tentang hiburan, tetapi juga untuk menyebarkan mesej kasih sayang, kecekalan dan harapan yang melangkaui pentas.

 

“Kami percaya bahawa acara seperti ini mampu memberi impak yang mendalam kepada kita semua, serta mengingatkan kita tentang kuasa muzik yang mampu untuk menyembuhkan dan menyatukan,” katanya dalam kenyataan yang sama. 


Harga tiket di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu bermula dari RM158.00 dan dibuka untuk pembelian pra-daftar semalam bermula jam, 12.00 tengah hari hingga 11.59 malam manakala pembelian tiket awam pada hari ini  bermula jam 12 tengah hari.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

14 Jun 2025

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:42

mosque
imsak

Imsak

05:41:00

fajr

Fajr

05:51:00

syuruk

Syuruk

07:04:00

dhuhr

Dhuhr

13:16:00

asr

Asr

16:42:00

maghrib

Maghrib

19:25:00

isha

Isha

20:41:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase