Aug 18, 2025 5PM
Khidmat logistik RISDA Fleet diiktiraf JAKIM, terajui pengangkutan halal negara
RISDA Fleet Sdn Bhd (RFSB) dianugerahkan Pensijilan Logistik Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi operasi pengangkutan syarikatnya, sekali gus memperkukuh posisi strategik syarikat itu sebagai peneraju perkhidmatan logistik halal negara.
Menurut RSBF dalam sebuah kenyataan, pensijilan itu merangkumi Sistem Pengurusan Rantaian Bekalan Halal terutamanya terhadap Minyak Sawit Mentah (CPO), selari dengan Piawaian Malaysia MS2400-1:2019 (Sistem Pengurusan Rantaian Bekalan Halal) yang menetapkan amalan terbaik sepanjang rantaian bekalan.
“Praktis tersebut turut meliputi pematuhan ketat terhadap aspek kebersihan, keselamatan dan prinsip syariah dalam operasi logistik.
“Sebanyak 18 buah lori tangki miliknya terlibat dalam pensijilan kali ini manakala sebanyak 200 buah lori lagi sedang didaftarkan untuk diiktiraf Pensijilan Logistik Halal agar segmen perniagaan sedia ada dapat diperluaskan,” katanya.
Sesi penyerahan Pensijilan Logistik Halal oleh JAKIM kepada RSBF yang disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Majlis penyerahan sijil kepada Pengerusi RISDA, Manndzri Haji Nasib tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Dr. Mohamad Kori Jusoh dengan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Bangunan Parlimen hari ini.
Tambah RFSB, anak syarikat Kumpulan RISDA Holdings itu turut merancang untuk meluaskan skop pensijilan logistik halal kepada pengangkutan sejuk beku dan kontena halal pada masa akan datang.
Katanya, langkah strategik itu menandakan komitmen RFSB dalam menyokong pertumbuhan industri halal negara yang bernilai RM61.79 bilion pada tahun 2024.
“Pengiktirafan berkenaan dijangka dapat memberikan sumbangan buat industri logistik halal khususnya dalam eksport halal negara selain meneraju transformasi logistik halal di peringkat domestik dan antarabangsa,” katanya.
Waktu Solat


22 Aug 2025
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
05:51

