Back To All

Sep 04, 2025 7PM

Malaysia jadi tuan rumah Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025

Malaysia sekali lagi tampil menganjurkan Sidang Kemuncak Halal Global (Global Halal Summit atau GHaS) 2025, acara halal terbesar dunia yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula  pada 16 hingga 26 September ini.

 

JAKIM berkata, program utama anjurannya iaitu Halal Certification Bodies Convention (HCBC), 4th International Halal Technical Capacity Development Programme (IHTCDP) dan Global Halal Talk adalah wadah penting yang menghimpunkan badan pensijilan halal antarabangsa, pakar industri serta pihak-pihak berkepentingan dalam industri tersebut.

 

Program-program tersebut dapat bakal memperkukuh kompetensi juruaudit khususnya juruaudit Syariah, meningkatkan penguasaan terhadap prosedur dan piawaian halal JAKIM, selain membuka ruang perkongsian kepakaran serta jaringan kerjasama global yang lebih erat.

 

“GHaS 2025 bakal menjadi platform strategik yang menghimpunkan badan pensijilan halal antarabangsa, penggubal dasar, pemain industri serta ahli akademik bagi memperkukuh kerjasama, berkongsi kepakaran dan merintis peluang baharu dalam agenda halal global.

 

“Sidang kemuncak ini akan terus membuktikan komitmen Malaysia untuk terus memacu inisiatif kolaboratif halal di peringkat global serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai jambatan strategik yang diyakini dunia,” katanya melalui sebuah kenyataan.

 

Acara berprestij itu merupakan inisiatif JAKIM bersama rakan-rakan strategik yang memainkan peranan penting dalam pembangunan industri serta ekosistem halal negara.


Sub acara lain di bawah payung GHaS 2025 termasuk Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang merupakan acara perdagangan halal terbesar dunia (kredit foto: Facebook Global Halal Summit 2025)


Antara pihak terlibat termasuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui agensinya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Halal Development Corporation Berhad (HDC), Jabatan Standard Malaysia (JSM), Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Islamic Tourism Centre (ITC).

 

Mengekalkan tema Integrity, Sustainability, Resilience, JAKIM berkata ia mencerminkan tekad Malaysia untuk terus mengukuhkan ekosistem halal di peringkat nasional dan global serta komitmen negara dalam mengekalkan jenama Halal Malaysia sebagai peneraju halal dunia. 

 

Sepanjang GHaS 2025 berlangsung, pengunjung dapat menyertai tujuh program Flagship, antaranya adalah 15th Halal Certification Bodies Convention (HCBC), Global Halal Talk, 21st Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) dan World Halal Business Conference (WHBC).

 

“Penganjuran GHaS 2025 akan terus menyemarakkan budaya pemikiran inovatif, penerokaan teknologi baharu serta perkongsian idea segar yang akan melonjakkan lagi ekosistem halal negara ke persada antarabangsa.

 

“Himpunan agung ini juga menzahirkan komitmen teguh Malaysia untuk terus mengekalkan kecemerlangan dan memperkukuh kedudukan negara sebagai peneraju halal dunia yang unggul, diyakini dan dipercayai,” katanya. 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

05 Sep 2025

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:15

mosque
imsak

Imsak

05:49:00

fajr

Fajr

05:59:00

syuruk

Syuruk

07:06:00

dhuhr

Dhuhr

13:15:00

asr

Asr

16:21:00

maghrib

Maghrib

19:19:00

isha

Isha

20:28:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase