Back To Halal News

Jun 12, 2025 10AM

WITEX 2025 ketengah inovasi Travel Tech, Fintech dalam sektor pelancongan Islam

Pameran World Islamic Tourism & Trade Expo (WITEX 2025) yang bakal berlangsung pada 22 hingga  25 Ogos 2025 di Sunway Resort Hotel, akan memberi tumpuan kepada perkembangan terkini dalam Teknologi Pelancongan (Travel Tech) dan Teknologi Kewangan (Fintech) rancak merevolusikan industri pelancongan Islam Global. Sorotan 

 

Sorotan khas akan diberikan kepada inovasi dalam teknologi pelancongan dalam semua sektor penggubalan pakej, serta penyelesaian fintech seperti e-dompet, gerbang pembayaran patuh Syariah dan platform tempahan digital.

 

Dengan pertumbuhan pesat pelancongan Islam di peringkat global, WITEX 2025 berfungsi sebagai platform khusus untuk para  pemain industri, pembangun teknologi, penyedia kewangan Islam, pengendali pelancongan dan badan pengawal selia untuk bekerjasama dalam menjadikan pelancongan Islam lebih pintar, selamat dan mudah diakses.


Teknologi AI yang semakin meluas membuka banyak peluang kepada perkembangan dan pembaharuan baru khususnya dalam sektor pelancongan Islam (kredit foto: Malaysiakini)


FOKUS KEPADA TRANSFORMASI DIGITAL PEMBANGUNAN  PAKEJ PENGEMBARAAN 

Memandangkan perkembangan pesat pemasaran pakej pelancongan Islam tepat pada masa nya WITEX 2025 memberi penekanan kepada pengunjung dan delegasi berpeluang untuk berinteraksi dengan penyedia teknologi yang menawarkan pengurusan para peserta pelancongan berasaskan Kecerdasan Buatan (Al), pemprosesan visa pintar, penjejakan peserta dalam masa nyata, pengalaman realiti maya (VR) serta aplikasi mudah alih untuk bimbingan dan jadual perjalanan. 

 

Teknologi ini sedang  mengubah cara umah sejagat melancong atau ziarah dengan lebih teratur dan selesa. 


(Dua dari kiri) Pengerusi WITEX 2025 dan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Seri Dr. Mohd Khalid Harun


FINTECH PACU KEWANGAN PATUH SYARIAH DALAM PELANCONGAN ISLAM 

Penyelesaian Fintech turut menjadi tumpuan utama dengan  demonstrasi secara langsung bagaimana e-dompet lslamik, sistem pendaftaran digital, transaksi rentas sempadan yang  patuh Syariah, dan insurans pelancongan berasaskan blockchain membuat diri kini mempermudah cara pelancong Islam membuat pembayaran, menempah perjalanan, dan melindungi diri semasa mengembara. 

 

Peranan Fintech semakin penting dalam memastikan kaedah pembayaran yang selamat, beretika dan tanpa sentuhan untuk pengguna daripada tempahan pakej hingga akses kecemasan kewangan semasa berada di luar negara.

 

“WITEX 2025 akan menerajui perbincangan mengenai bagaimana teknologi pelancongan dan fintech mampu mentakrifkan semula bukan sahaja pengalaman pelancongan, tetapi juga cara umat Islam dapat menguruskan perjalanan pelancongan mereka dalam era digital.

 

“Kami mengintegrasikan nilai-nilai Islam ke dalam inovasi teknologi- daripada dompet digital patuh Syariah perancangan perjalanan melancong atau ziarah berdasarkan kecerdasan buatan (AI).

 

“Ini adalah sempadan baru dalam pelancongan Islam,” kata Pengerusi WITEX 2025 dan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Seri Dr. Mohd Khalid Harun.


Penganjuran WITEX kali-3 itu telah berkembang dan melibatkan lebih ramai pemain industri yang sama-sama ingin memperluas sektor pelancongan Islam (kredit foto: Portal WITEX)


KERJASAMA GLOBAL DAN SOKONGAN INDUSTRI

WITEX 2025 dianjurkan dengan kerjasama strategik daripada:

  • BRICS Tourism Alliance (BTA)

  • World Islamic Tourism Council (WITC)

  • Global Islamic Tourism Organisation (GITO)

  • The ASEAN Federation of Umrah and Hajj (AFUH)

 

Kerjasama ini bertujuan memperkasa pelancongan Islam melalui penggunaan teknologi mampan, jaringan serantau dan dasar yang progresif.

 

PENAJA UTAMA YANG MENYOKONG MASA DEPAN PELANCONGAN ISLAM 

Penganjuran WITEX 2025 tidak akan berjaya tanpa sokongan penaja termasuk: 

  • Etiqa Takaful sebagai Penaja Rasmi Fintech 

  • Batik Air sebagai Rakan Penerbangan Rasmi 

  • Nexus DMC sebagai Rakan Pengurusan Darat Rasmi 

 

..serta ramai lagi rakan industri yang bersama menjayakan acara ini. 


WITEX 2025 menghimpunkan pemain industri daripada seluruh dunia, menjadikan ia platform terbaik bagi pengusaha tempatan untuk membentuk kerjasama (kredit foto: WITEX)


MENGAPA ANDA PERLU HADIR KE WITEX 2025? 

  • Berpeluang membentuk hubungan dan kolaborasi dengan lebih 1,000 pembeli perdagangan global dan pemegang taruh. 

  • Menyaksikan inovasi terkini dalam Travel Tech & Fintech Islamik 

  • Sertai sesi kepimpinan industri, demonstrasi teknologi dan forum pelaburan 

  • Terlibat dalam acara pelancongan & perdagangan Islam paling berpengaruh di dunia 

 

Pemain industri, startup, pelabur dan penggubal dasar dalam sektor pelancongan dan kewangan Islamik dijemput untuk mengambil bahagian dan mempamerkan penyelesaian mereka di WITEX 2025. 

 

Untuk pertanyaan media, kerjasama dan pendaftaran peserta pameran, sila hubungi Sekretariat WITEX 2025 melalui emel [email protected] atau layari www.witex.my.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

20 Jun 2025

Waktu solat berikutnya,

Isha

pada

20:42

mosque
imsak

Imsak

05:42:00

fajr

Fajr

05:52:00

syuruk

Syuruk

07:05:00

dhuhr

Dhuhr

13:18:00

asr

Asr

16:43:00

maghrib

Maghrib

19:27:00

isha

Isha

20:42:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase