Back To Halal News

Mar 17, 2025 3PM

Negeri Sembilan lancar projek wakaf, bina apartmen di Gaza

Sebanyak RM4.5 juta disasarkan oleh kerajaan negeri untuk menjayakan Projek Apartmen Wakaf Negeri Sembilan-Gaza yang bakal memberi sinar kehidupan baharu buat rakyat di Gaza, Palestin.

 

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menerusi sebuah kenyataan berkata, projek itu merupakan salah satu elemen penting dalam Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza.

 

MAINS berkata, projek itu bakal mengambil tempat di salah satu bandar utama Gaza samada di Bandar Gaza atau Khan Yunis.


Projek Apartmen Wakaf Negeri Sembilan-Gaza ini dijangka akan membantu 28 buah keluarga terjejas mendapatkan tempat berlindung yang selesa dan selamat.


Menurutnya, sebuah apartmen dengan 28 unit rumah yang dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan keluasan lantai 767 kaki persegi itu akan memberi rakyat di negara timur tengah itu tempat berteduh yang selesa.


“Wakaf yang disalurkan ini adalah sebagai tanda solidariti dan kecaknaan kita tentang isu-isu saudara seagama kita di Palestin.

 

“Inilah peluang kita untuk melaksanakan ibadah wakaf di bumi para anbiya dan tanah yang diturunkan wahyu.” katanya.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyeru orang ramai untuk menyumbang kepada projek ini. 

(kredit foto: Facebook Majlis Agama Islam Negeri Sembilan)


Media melaporkan Projek Bandar Wakaf itu akan melibatkan 13 blok apartmen lagi dengan setiap apartmen mewakili negeri-negeri di Malaysia.

 

Antara infrastruktur lain yang akan didirikan adalah masjid berkembar dengan Masjid Shah Alam, sekolah Malaysia, taman rekreasi, klinik kesihatan, menara tangki air dan 56 unit premis perniagaan di bawah program Mikro-Kredit Khardul Hasan.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

30 Jun 2025

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:20

mosque
imsak

Imsak

05:44:00

fajr

Fajr

05:54:00

syuruk

Syuruk

07:07:00

dhuhr

Dhuhr

13:20:00

asr

Asr

16:45:00

maghrib

Maghrib

19:29:00

isha

Isha

20:44:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase