Mar 31, 2026 2PM
Zulkifli: Malaysia Tuan Rumah Persidangan Ulama Jun ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memaklumkan bahawa Malaysia bakal menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa yang menghimpunkan alim ulama dan pimpinan agama dari seluruh dunia pada Jun ini.
Beliau berkata, penganjuran persidangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu merupakan hasil kerjasama strategik antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Liga Dunia Muslim (MWL), memperkukuh peranan Malaysia sebagai hab pemikiran dan kerjasama dunia Islam.
Jelasnya, Zulkifli berkata usaha itu adalah hasil perbincangan bersama Setiausaha Agung MWL, Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa ketika rangka lawatan kerjanya yang meliputi Mekah, Jeddah dan Riyadh.
Menurut beliau, Perbincangan bersama tokoh berpengaruh dunia Islam itu juga menjurus kepada pertukaran idea, pencarian solusi dan masa depan Islam daripada perspektif serantau hingga global.

Zulkifli ketika memenuhi undangan Mohammed Abdulkarim bagi membuka ruang ukhuwah dan kerjasama global bersama organisasi besar itu. (kredit foto: Facebook Dr Zulkifli Hasan)
“Perjalanan ini bukan sekadar jarak - tetapi membawa misi menyatukan ummah serta membuka ruang ukhuwah dan kerjasama global JPM (Hal Ehwal Agama) bersama organisasi besar tersebut,” katanya dalam sebuah hantaran di Facebook.
Tambah senator itu, umat Islam perlu merebut peluang tersebut untuk membina masyarakat berilmu, memperkukuh ukhuwah dan bersedia menjadi sebahagian daripada perubahan ummah.
“Dari sini kita bermula, dan kita mesti berjuang melaksanakan Islah sedaya upaya kita. Dunia sedang melihat, dan masa depan Islam juga ada pada kita,” katanya.
Pada sama masa, Zulkifli berkata Mohammed Abdulkarim turut menzahirkan kekaguman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai intelektual dan tokoh pemikir Islam yang hebat.
Waktu Solat


01 Apr 2026
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
05:55
















