Back To Halal News

Apr 01, 2026 3PM

SPM 2025: Ada barakah Ulul Albab diterapkan di semua MRSM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ada barakahnya apabila kerajaan mengintegrasikan semua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dengan aliran Ulul Albab.

 

Beliau berkata demikian susulan perkongsian Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkenaan pencapaian institusi itu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 baru-baru ini. 

 

Ulul Albab adalah pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada iaitu Sains Tulen dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran, bertujuan melahirkan ahli profesional yang mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

 

Calon SPM 2025 merupakan kohort pertama yang tidak mengambil peperiksaan utama sekolah rendah, UPSR dan sekolah menengah rendah, PT3. (kredit foto: Facebook MARA)


Asyraf berkata, barakah al-Quran banyak membantu dalam kecemerlangan dan kemenjadian para pelajar MRSM.

 

Semalam, beliau memaklumkan sebanyak 19 MRSM mencatatkan Gred Purata Maktab (GPM) di bawah 2.0 dan 80 pelajar meraih A+ bagi semua subjek yang diambil, manakala lima MRSM berada pada kedudukan tertinggi lima terbaik Malaysia.


Maktab tersenarai adalah MRSM Tun Ghafar Baba (1.139), MRSM Gemencheh (1.195), MRSM Taiping (1.224), MRSM Pengkalan Chepa (1.254) dan MRSM Kuala Kubu Bharu (1.254). 


Penerapan aliran Ulul Albab dalam kesemua 57 cawangan MRSM termasuk 8 MRSM Ulul Albab sedia ada adalah inisiatif Asyraf bermula tahun 2024 bagi melahirkan generasi insan seimbang dunia dan akhirat. (kredit foto: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki)

 

“Alhamdulillah, keputusan SPM 2025 mencatatkan pencapaian MRSM yang amat memberangsangkan dengan kenaikan mendadak mengatasi sekolah-sekolah lain. Pencapaian keseluruhan MRSM seluruh Malaysia juga amat membanggakan.

 

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru-guru, para pentadbir MRSM, pengurusan tertinggi MARA, Bahagian Pendidikan Menengah atas segala komitmen, iltizam, kerja kuat berpasukan yang berterusan dengan satu matlamat— hanya untuk membangunkan anak bangsa.

 

“Saya doakan agar Allah merahmati dan mengganjari kalian dengan pahala jariah yang berterusan sehingga hari kiamat,” katanya melalui sebuah hantaran di Facebook.

 

Beliau turut menitipkan pesanan kepada calon SPM 2025, bahawa peperiksaan tersebut adalah permulaan kepada sebuah perjuangan yang lebih besar kerana hanya dengan ilmu boleh mengubah kehidupan mereka.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

02 Apr 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:55

mosque
imsak

Imsak

05:55:00

fajr

Fajr

06:05:00

syuruk

Syuruk

07:12:00

dhuhr

Dhuhr

13:20:00

asr

Asr

16:22:00

maghrib

Maghrib

19:23:00

isha

Isha

20:32:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase