Back To Halal News

Mar 26, 2026 4PM

Adakah pekerja anda ada ‘Sense of Belonging’ dalam organisasi di kala krisis ekonomi?

Menurut pemerhatian pengurusan, staf yang memiliki rasa kebersamaan yang tinggi menunjukkan tingkah laku yang melangkaui skop tugasan formal. Antara tanda paling ketara ialah rasa bangga terhadap tempat kerja. Apabila ditanya, mereka menyebut organisasi dengan penuh keyakinan dan positif, sekali gus menjadi duta jenama secara tidak langsung.

 

Selain itu, staf sebegini sangat menjaga nama baik organisasi. Mereka peka bahawa setiap tindakan mencerminkan imej tempat kerja daripada layanan kepada pelanggan, cara berkomunikasi, hinggalah disiplin harian. Keprihatinan ini turut diterjemahkan dalam kualiti kerja; tugas bukan sekadar disiapkan, tetapi dilakukan dengan teliti dan bertanggungjawab.

 

Sikap bekerjasama juga menjadi ciri utama. Staf yang mempunyai sense of belonging tidak teragak-agak membantu rakan sekerja walaupun di luar tugasan mereka, kerana mereka melihat organisasi sebagai satu pasukan. Kejayaan organisasi pula diraikan bersama sama ada peningkatan jualan atau kejayaan projek kerana kejayaan itu dirasakan sebagai milik bersama.

 

Dalam usaha memajukan organisasi, staf turut menyumbang idea secara aktif, termasuk cadangan promosi, kandungan media sosial seperti video TikTok, atau membantu jualan. 

 

Kesediaan untuk belajar perkara baharu daripada pemasaran hingga sistem jualan dan pengurusan media sosial turut mencerminkan komitmen jangka panjang. Malah, apabila organisasi dikritik secara tidak adil, staf ini cenderung mempertahankannya dengan fakta dan perspektif seimbang.

 

Paling penting, staf yang mempunyai sense of belonging tidak melihat pekerjaan sebagai sementara. Mereka merancang masa depan bersama organisasi dan memikirkan bagaimana untuk berkembang seiring dengannya.

 

Kesimpulannya, sense of belonging bukan sekadar nilai lembut, tetapi aset strategik. Seperti yang sering diungkapkan oleh staf yang berfikiran kebersamaan “Ini bukan sekadar tempat kerja saya. Ini tempat saya menyumbang.” Bagi organisasi kecil, perasaan inilah yang mampu membina ketahanan dan kekuatan jangka panjang.


-- Facebook Muhammad Bin Ali

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

27 Mar 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:57

mosque
imsak

Imsak

05:57:00

fajr

Fajr

06:07:00

syuruk

Syuruk

07:14:00

dhuhr

Dhuhr

13:21:00

asr

Asr

16:23:00

maghrib

Maghrib

19:24:00

isha

Isha

20:33:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase