Back To Halal News

Mar 27, 2026 3PM

Negara Islam perlu bersatu, halang musuh manfaat perang - Presiden Iran

author

SINAR HARIAN

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian seru negara-negara Islam untuk bersatu dan tidak membenarkan musuh memanfaatkan konflik bagi menimbulkan perpecahan dan menyemarakkan peperangan di rantau Asia Barat. 

 

Ketika menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis malam, Pezeshkian menyifatkan serangan Iran terhadap pangkalan dan pusat ketenteraan AS di rantau itu sebagai tindak balas segera dan sah. 

 

Ia susulan serangan yang disifatkan sebagai pencerobohan terhadap Republik Islam tersebut oleh Iran.

 

Beliau menzahirkan penghargaan atas sikap berprinsip kerajaan dan rakyat Malaysia dalam mengecam pencerobohan AS-Zionis yang dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan terhadap Iran.

 

Tegasnya, negara-negara Islam tidak boleh memberi peluang kepada musuh dunia Islam untuk memanfaatkan situasi bagi menimbulkan perbalahan dan mengapi-apikan perang di rantau tersebut.


Sepanjang peperangan yang melanda rantau Asia Barat, Presiden US, Donald J. Trump menegaskan keperluan intervensi terhadap Iran atas alasan negara itu ingin memiliki senjata nuklear.


Pada masa sama, Pezeshkian menekankan bahawa Iran tidak tidak pernah berhasrat memiliki senjata nuklear, iaitu fakta yang disahkan berulang kali oleh laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

 

Beliau menyangkal dakwaan Barat berkenaan hasrat nuklear Republik Islam itu sebagai alasan rekaan yang digunakan untuk menjustifikasi serangan haram serta tidak berperkiemanusiaan ke atas kedaulatan dan integriti wilayah Iran.

 

“Kami mahu perang berakhir sepenuhnya dan keamanan serta ketenangan dipulihkan di rantau ini,” kata Pezeshkian, seperti dilapor Sinar Harian.

 

Beliau turut menitipkan harapan agar negara Islam dan negara bersaudara akan berganding tenaga untuk menyelamatkan Asia Barat daripada bencana yang cuba dipaksakan musuh.

 

Dalam perbualan sama, Anwar menyampaikan ucapan takziah atas syahidnya Ayatollah Seyyed Ali Khamenei serta pegawai kanan, anggota tentera dan awam yang terkorban berpunca dari agresi ketenteraan AS–Israel.


Anwar menyatakan solidariti penuh terhadap Iran untuk mempertahankan kedaulatan negara mereka. (kredit foto: Tik Tok Malaysia Gazette Perak)


Beliau menegaskan Malaysia bersolidariti penuh dengan kerajaan dan rakyat Iran, mengingatkan bahawa Parlimen Malaysia telah meluluskan resolusi mengecam tindakan agresi tersebut.

 

Anwar berkata, Malaysia menyokong tuntutan sah Iran untuk menghentikan peperangan dan menghalang sebarang agresi ketenteraan lanjut terhadap Republik Islam, lalu menekankan keperluan segera inisiatif diplomatik oleh negara-negara Islam untuk memulihkan keamanan dan kestabilan di rantau tersebut.

 

Sehingga kini, Iran berikrar akan mengekalkan langkah pertahanan dan tindak balas sehingga AS dan rejim Israel 'menyesali' serangan yang tidak berasas, termasuk melaksanakan hampir setiap hari operasi peluru berpandu dan dron ke atas lokasi di wilayah yang diduduki Israel serta pangkalan dan aset ketenteraan AS di rantau itu.

 

Republik Islam juga dilaporkan menutup Selat Hormuz bagi kapal minyak dan gas yang berkaitan dengan pihak musuh atau bekerjasama dengan mereka.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

28 Mar 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:57

mosque
imsak

Imsak

05:57:00

fajr

Fajr

06:07:00

syuruk

Syuruk

07:14:00

dhuhr

Dhuhr

13:21:00

asr

Asr

16:22:00

maghrib

Maghrib

19:24:00

isha

Isha

20:33:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase