Back To Halal News

Nov 12, 2025 6PM

Masih ramai terbabit sumber tidak patuh syariah – MAIS

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merekodkan kutipan Wang Tidak Patuh Syariah sebanyak RM2.7 juta tahun lalu, menunjukkan masih ramai dalam kalangan masyarakat di negeri itu terbabit dengan sumber kewangan yang tidak berlandaskan syariah.

 

Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin, berkata perkara itu mendorong MAIS menjalin kerjasama strategik dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memperkukuh kefahaman masyarakat Islam terhadap pengurusan harta dan kewangan patuh syariah.

 

Beliau berkata, melalui kerjasama itu, kedua-dua pihak akan melaksanakan pelbagai inisiatif bersama untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman umat Islam mengenai kepentingan mengurus kewangan secara beretika serta memperkasakan ekonomi Islam di Selangor.

 

“Dengan kerjasama ini, MAIS akan menawarkan kursus pengurusan harta pusaka Islam kepada anggota KWSP, khususnya anggota barisan hadapan di cawangan KWSP melalui Akademi Baitulmal MAIS, mempromosikan Simpanan Shariah KWSP dan kewajipan membuat penamaan untuk simpanan KWSP semasa khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri Selangor.

 

“Kita juga akan mengadakan promosi secara bersama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan Baitulmal MAIS melalui program dan kursus anjuran MAIS serta KWSP selain menganjurkan taklimat atau bengkel berhubung kelayakan MAIS sebagai penama bagi ahli KWSP yang beragama Islam,” katanya dipetik Bernama.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MAIS dan KWSP yang turut dihadiri Pengerusi KWSP Tan Sri Mohd Zuki Ali.

 

Salehuddin berkata, sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan kewangan patuh syariah, MAIS menyasarkan kutipan Wang Tidak Patuh Syariah sebanyak RM3 juta tahun ini. 

 

Pada masa sama, beliau menggalakkan umat Islam menyalurkan hasil tidak patuh syariah tersebut kepada MAIS supaya dapat dimanfaatkan untuk kepentingan ummah.

 

Menurut beliau, Wang Tidak Patuh Syariah merujuk kepada wang atau harta yang diperoleh daripada sumber yang tidak halal, termasuk hasil riba, dividen tidak patuh syariah, jualan barangan curi atau rompakan, rasuah, loteri, serta perlindungan insurans konvensional.

 

“Masih banyak ruang yang perlu diperhalusi masyarakat bagi memastikan setiap harta yang dimiliki adalah benar-benar patuh syariah. 

 

“Saya juga menyeru mereka yang masih mencarum dalam Simpanan Konvensional KWSP agar menukarnya kepada Simpanan Shariah supaya dividen yang diterima adalah halal dan menepati syariah,” katanya.

 

Sementara itu, Mohd Zuki berkata daripada lebih 1.55 juta ahli KWSP beragama Islam di Selangor, hanya 542,844 atau 34.81 peratus sahaja yang berdaftar di bawah Simpanan Shariah KWSP. 

 

“Angka ini menunjukkan ruang yang masih luas untuk kita tingkatkan penyertaan, terutamanya melalui kerjasama strategik bersama MAIS memandangkan majoriti umat Islam di Selangor berada dalam capaian pelbagai program sosial dan ekonomi yang diuruskan MAIS,” katanya. 

 

Terdahulu, MoU itu ditandatangani oleh Setiausaha MAIS Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan Ketua Pegawai Operasi KWSP Sazaliza Zainuddin sambil disaksikan Salehuddin dan Mohd Zuki.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

16 Nov 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:39

mosque
imsak

Imsak

05:39:00

fajr

Fajr

05:49:00

syuruk

Syuruk

06:58:00

dhuhr

Dhuhr

13:01:00

asr

Asr

16:23:00

maghrib

Maghrib

18:59:00

isha

Isha

20:11:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase