Back To Halal News

Apr 06, 2026 10AM

Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka

author

BERNAMA

Tiada keperluan menarik lesen perniagaan dua syarikat pengeluar makanan dan minuman (F&B) di Melaka yang ditarik balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) disebabkan penggunaan berus berasaskan bulu babi bagi kerja-kerja pembersihan peralatan.

 

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, dua-dua syarikat tersebut tidak dikesan melanggar syarat lesen perniagaan yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).


Tambah beliau, tindakan bagi pelanggaran prosedur dan syarat SPHM telah diambil oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


“Setakat ini, MBMB tidak menerima sebarang laporan atau aduan berkaitan pelanggaran syarat lesen perniagaan melibatkan kedua-dua syarikat itu.


Menurut JAIM, kilang terlibat telah beroperasi lebih 10 tahun lalu. (kredit foto: Malaysia Gazette)


“Bagaimanapun, sebagai umat Islam, kami melahirkan rasa dukacita dengan insiden yang berlaku dan berharap ia tidak berlaku di mana-mana premis perniagaan lain,” katanya seperti dilapor Bernama.


Terdahulu, media melaporkan SPHM dua syarikat terbabit– dipercayai pengeluar kopi dan biskut di negeri itu – ditarik serta-merta selepas didapati menggunakan berus diperbuat daripada bulu babi dalam operasi pembersihan peralatan.


Kedua-dua pengusaha itu juga diarah menghentikan penggunaan logo halal dan menarik semula produk di pasaran, selain melakukan penambahbaikan termasuk proses sertu mengikut syarak dan garis panduan sebelum permohonan semula SPHM boleh dipertimbangkan.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

07 Apr 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:53

mosque
imsak

Imsak

05:53:00

fajr

Fajr

06:03:00

syuruk

Syuruk

07:10:00

dhuhr

Dhuhr

13:18:00

asr

Asr

16:24:00

maghrib

Maghrib

19:22:00

isha

Isha

20:32:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase