Back To Halal News

Apr 14, 2026 2PM

Cadbury Malaysia perluas empayar coklat halal di Asia Tenggara

author

NUR AMIRA AFRINA

Bagi Cadbury Malaysia, halal bukan sekadar logo atau pengiktirafan, tetapi peluang melebarkan sayap ke persada antarabangsa sebagai hab pengeluaran coklat halal terbesar Mondelez International di Asia Tenggara. 

 

Menurut Halal Eksekutif merangkap Jurutera Kualiti syarikat itu, Amalina Ramli, Cadbury Malaysia komited dalam menghasilkan produk halal yang bersih, beretika dan mengikut piawaian serta undang-undang halal di Malaysia. 

 

Komitmen itu dicerminkan dengan pengukuhan ekosistem halal syarikat tersebut, misalnya melalui pembentukan Jawatankuasa Halal yang merangkumi wakil daripada setiap jabatan bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan bebas daripada perkara-perkara diragui. 

 

“Pemeliharaan sistem halal ini penting kerana apabila kami menjaga amalan halal di kilang, kami dapat meningkatkan kepercayaan pengguna luar terhadap produk kami dan menunjukkan Cadbury adalah sebuah pengeluar yang telus dan bertanggungjawab dalam menghasilkan produk-produk halal. 


Amalina (kanan) menjelaskan ramuan dan pensijilan halal coklat Cadbury yang akan dieksport ke luar negara kepada Penerbit Kinihalal, Syilda Ismail.


“Bagi kami, pengertian halal bukan sahaja mengenai pengesahan, tapi ianya juga merupakan satu proses yang sangat teliti bagi memastikan produk produk kami dijamin terbaik. 

 

“Seiring kepercayaan itu, pelanggan di pasaran juga lebih yakin untuk membeli produk kami dan setia bersama jenama Cadbury, kerana mereka tahu produk kami dihasilkan mengikut tatacara halal yang betul,” katanya.

 

Inisiatif tersebut menjadi amalan Cadbury Malaysia selama 50 tahun sejak penubuhan kilangnya di Shah Alam, Selangor pada 1974, yang kini dalam perancangan untuk memperluas empayar coklat susu itu dalam pasaran serantau. 

 

Ketua Jabatan Korporat dan Hal Ehwal Kerajaan Cadbury Malaysia, Kairin Romeena Abdul Rauf berkata, penubuhan syarikat itu selama lima dekad di Malaysia mengukuhkan posisinya sebagai pemain industri tempatan yang dominan bagi menembusi pasaran antarabangsa.


Melebihi sekadar menikmati coklat, Kairin berkata, syarikat gergasi itu juga aktif dalam mendidik masyarakat akan Mindful Snacking agar produk mereka turut membawa khasiat kepada pengguna.


Jelasnya, pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diperoleh sejak awal pembangunan Cadbury Malaysia membantu syarikat itu sebati dengan masyarakat majoriti Muslim, lalu membentuk persepsi yang positif di mata dunia. 

 

“Cadbury diasaskan sekitar 200 tahun lalu di United Kingdom (UK). Namun, kami sudah ada di pasaran Malaysia selama 75 tahun sebelum menubuhkan kilang di Malaysia sekitar 50 tahun lalu, menjadikan Cadbury antara kilang coklat terawal di Malaysia. 

 

“Selama lima dekad, kami sudah diiktiraf halal oleh JAKIM yang memberi kami sebuah kelebihan kerana kini jenama kami sinonim dengan pasaran majoriti Muslim. Hasilnya, masyarakat percaya dengan syarikat dan produk kami,” katanya. 

 

Dari masa ke semasa , Cadbury juga berinovasi dalam melahirkan produk yang dekat di hati pengguna lokal.  Antara produk yang pernah berada di pasaran sebelum ni seperti Cadbury Durian, Cadbury Kelapa Pandan dan Cadbury Kopi-C yang diinovasikan khusus mengikut citarasa tempatan serta produk pelbagai bentuk seperti Cadbury Bubbly dan Cadbury Crisp-It. 


Pensijilan halal, pembaharuan dan inovasi berterusan Cadbury Malaysia menjadi antara faktor yang menyumbang kepada perluasan empayar coklat itu ke pasaran serantau.


Kairin berkata, pensijilan halal dan inovasi berterusan serta  pembinaan infrastruktur baharu di kilang dengan kemasukan mesin-mesin pengeluaran yang lebih canggih membantu Cadbury Malaysia menempah nama di peringkat global.

 

Tambahnya, usaha pembaharuan itu juga dijangka meningkatkan pengeluaran coklat sebanyak 14,000 tan metrik untuk dieksport ke serata rantau dalam masa setahun dan dianggarkan terus bertambah dari semasa ke semasa.

 

“Inisiatif itu mengurangkan kebergantungan kami terhadap bahan-bahan import dari negara luar, terutama ketika pergolakan dunia sedang berlaku. 

 

“Sekarang, kami mempunyai kapasiti untuk menghasilkan bahan-bahan itu sendiri di Malaysia, sekali gus melebarkan rantaian bekalan tempatan untuk menghasilkan lebih banyak produk lokal,” katanya.


Inisiatif Cadbury Malaysia ke arah ESG adalah selari dengan prinsip Cadbury Generosity yang ingin memberi impak positif kepada alam sekitar.


Sebagai sebuah syarikat yang menitik beratkan tanggungjawab sosial dan masyarakat serta alam sekitar , Cadbury Malaysia juga beralih kepada pembungkusan mesra kitar semula dalam usaha mereka ke arah memenuhi kerangka Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), selari dengan tema Cadbury Generosity disebalik jenama mereka.

 

Tema itu menjadi kerangka Cadbury Malaysia untuk beraspirasi dalam memberi kesan bermakna terhadap alam sekitar selain daripada pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang memberi impak positif kepada masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan.

 

Melalui tema itu, Kairin berkata, Cadbury Malaysia beraspirasi untuk turut memberi kesan bermakna terhadap komuniti secara menyeluruh.

 

“Cadbury juga melalui audit yang teliti bagi mendapatkan pelbagai pensijilan yang menepati piawaian tempatan dan antarabangsa. Aspek kelestarian ini tidak terkecuali. 


Seusai penggambaran dokumentari Warisan ke Gerbang Halal Asia Tenggara bersama Cadbury Malaysia. Nantikan di Kinihalal!


“Kini, pembungkus kami diperbuat daripada bahan mudah dikitar semula. Ia senang dan sedia diuraikan di pusat kitar semula, namun tidak mudah terlerai ketika penghantaran dan penyimpanan. 

 

“Kami juga telah memasang panel solar di kilang sebagai antara langkah ke arah kelestarian, kerana melalui Cadbury Generosity, selain mengimpak komuniti, kami juga ingin memberi impak positif terhadap alam sekitar,” katanya. 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

16 Apr 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:49

mosque
imsak

Imsak

05:49:00

fajr

Fajr

05:59:00

syuruk

Syuruk

07:07:00

dhuhr

Dhuhr

13:16:00

asr

Asr

16:27:00

maghrib

Maghrib

19:21:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase