Back To Halal News

Mar 12, 2026 4PM

LZS: Penglibatan syarikat bukan muslim dalam ZPay hanya sebagai penyedia teknologi

BERNAMA

Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menegaskan penglibatan syarikat bukan Islam dalam platform digital ZPay adalah terhad kepada penyediaan infrastruktur teknologi sahaja dan bukan sebagai ejen pengutip zakat. 

 

Bernama melaporkan, lembaga itu berkata platform ZPay adalah aplikasi rasmi yang dibangunkan sebagai platform pembayaran zakat tanpa tunai bagi memudahkan umat Islam memenuhi kewajiban mereka dengan lebih cepat, selamat dan bersistematik.

 

“Untuk membangun dan mengoperasikan fasiliti digital ini, Zakat Selangor melantik penyedia teknologi berdasarkan kepakaran teknikal mereka dan keperluan keselamatan sistem,” katanya. 

 

ATX Distribution Sdn Bhd dilantik untuk membangunkan dan menyenggara aplikasi ZPay, manakala GKash merupakan gerbang pembayaran yang diintegrasikan oleh ATX untuk memproses transaksi digital melalui pengesahan masa nyata. 


Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Zakat Selangor pada 6 Mac lalu berhubung isu penglibatan syarikat bukan Muslim dalam ZPay. (kredit foto: Facebook Lembaga Zakat Selangor)


ambahnya, GKash berfungsi sebagai infrastruktur teknikal yang menghubungkan institusi perbankan pembayar dengan sistem ZPay dan tidak mempunyai sebarang lantikan kontrak sebagai ejen kutipan dengan Zakat Selangor.

 

Lembaga itu menjelaskan, tanggungjawab mengutip dan menagihkan kutipan zakat dilaksanakan sepenuhnya oleh Zakat Selangor bersama pembantu amil yang ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

 

Pembayaran zakat dikendalikan melalui akaun khusus patuh syariah yang diselia berpandukan perjanjian dan prosedur kewangan Zakat Selangor bagi memastikan transaksi yang lancar, pemprosesan efisien dan pengagihan yang segera tanpa menjejaskan integriti zakat.

 

Sebarang caj pemprosesan transaksi serta bayaran kepada penyedia saluran pembayaran adalah berdasarkan kos perkhidmatan sistem yang diperuntukkan di bawah pengurusan amil, manakala jumlah zakat yang dibayar oleh pembayar kekal sepenuhnya sebagai dana zakat tanpa melibatkan sebarang potongan komisen.

 

“Dari sudut hukum syarak, penggunaan kemudahan transaksi kewangan yang disediakan oleh penyedia saluran pembayaran, termasuk syarikat bukan Islam, adalah diharuskan selaras dengan prinsip fiqh muamalat di bawah konsep Ijarah (sewaan perkhidmatan),” katanya.


Hukum membayar zakat tanpa tunai adalah harus mengikut hukum syarak.


Menurut Zakat Selangor, kaedah itu tidak menjejaskan niat pembayar, menggugat kesempurnaan akad zakat atau menjejaskan kesahan ibadah zakat yang ditunaikan, selari dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 30 Oktober 2019 yang memutuskan pembayaran zakat melalui saluran pembayaran digital seperti e-dompet dan kod QR adalah harus mengikut hukum syarak.

 

“Pelaksanaan kemudahan pembayaran digital oleh Zakat Selangor sentiasa melalui penelitian syariah serta pematuhan kepada ketetapan hukum yang berkuat kuasa.

 

“Setiap inovasi perkhidmatan dilaksanakan dalam kerangka hukum syarak serta tadbir urus syariah yang ketat.

 

“Zakat Selangor kekal komited dalam memastikan setiap urusan kutipan dan agihan zakat dilaksanakan secara telus, berintegriti serta mematuhi hukum syarak dan garis panduan yang ditetapkan oleh MAIS,” katanya. 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

13 Mar 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

06:03

mosque
imsak

Imsak

06:03:00

fajr

Fajr

06:13:00

syuruk

Syuruk

07:19:00

dhuhr

Dhuhr

13:26:00

asr

Asr

16:35:00

maghrib

Maghrib

19:27:00

isha

Isha

20:36:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase