Mar 04, 2026 12PM
PMX gesa kestabilan harga, jaminan bekalan ketika Ramadan, menjelang Syawal
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ketersediaan keperluan asas dan kestabilan harga mesti dijamin seluruh negara ketika Ramadan dan menjelang Syawal.
Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, Anwar menekankan perkara itu bagi melindungi rakyat daripada kos sara hidup berlebihan apabila permintaan terhadap keperluan harian dalam tempoh tersebut lazimnya meningkat dengan ketara.
Beliau berkata, Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mempergiat pemantauan berterusan di bawah Ops Pantau 2026.

Antara golongan yang paling terkesan dengan kenaikan harga tersebut adalah golongan berpendapatan rendah (B40). (kredit foto: Malaysiakini)
“Perdana Menteri juga mahu harga makanan di bazar Ramadan seluruh negara diselia rapi bagi memastikan ia kekal berpatutan dan mampu milik.
“Beliau seterusnya menekankan bahawa premis perniagaan mesti memenuhi piawaian kebersihan, menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan,” kata Tunku Nashrul seperti dilaporkan Bernama.
Selain itu, Tunku Nashrul berkata Program Jualan Rahmah MADANI diteruskan sepanjang Ramadan agar rakyat Malaysia dapat mengakses barangan keperluan pada harga yang lebih rendah.
“Kerajaan MADANI komited untuk memastikan sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini bermakna untuk semua rakyat Malaysia, tanpa beban kos sara hidup yang berlebihan,” katanya.
Waktu Solat


05 Mar 2026
Waktu solat berikutnya,
Syuruk
pada
07:22
















