Back To Halal News

May 06, 2026 3PM

Nestle Malaysia perkukuh rantaian bekalan halal dengan JAKIM

Nestle Malaysia Bhd memperkukuh daya tahan rantaian bekalan halalnya melalui strategi pempelbagaian sumber dan ekosistem yang berkembang pesat, memastikan pematuhan serta operasi konsisten.

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Juan Aranols berkata, usaha yang dibuat sejak beberapa tahun lepas itu memerkasa keupayaan syarikat berkenaan dalam mengekalkan piawaian halal agar tidak terjejas susulan ketidaktentuan rantaian.

 

“Antara persiapan itu adalah mempunyai sumber bekalan alternatif bagi memastikan kami ada pilihan lain sekiranya berlaku sebarang gangguan,” katanya seperti dilapor Bernama.

 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran Synergy (Strengthening Your Network and Ecosystem For Resilient Growth) Halal Nestle Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di ibu negara, semalam.

 

Jelasnya, syarikat itu menerapkan pendekatan rantaian bekalan halal syarikat yang jelas kukuh dari segi operasi, diwujudkan berlandaskan pengalaman terkumpul selama berpuluh-puluh tahun dan jalinan kerjasama erat dengan pihak penyelia.


CEO Nestle Malaysia Bhd, Juan Aranols. (kredit foto: Nestle Malaysia)

 

Aranols turut menyifatkan aspek pematuhan halal sebagai elemen teras dalam membina kepercayaan dan kredibiliti dalam kalangan pengguna, bukan sekadar ukuran keuntungan.

 

“Ini asas untuk membina kepercayaan dan kredibiliti Nestle di negara seperti Malaysia yang mana pematuhan halal ini amat penting.

 

“Aspek ini berkaitan dengan kepercayaan terhadap jenama serta keyakinan rakyat Malaysia bahawa produk kami adalah 100 peratus halal selain dihasilkan di Malaysia dan oleh rakyatnya,” katanya.

 

Pada masa sama, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Muhyidin Aziz @ Saari berkata, usaha sama berterusan antara pihak pengawal selia, pemain industri dan komuniti yang meluas diperlukan bagi membangunkan ekosistem halal yang kukuh serta dipercayai.

 

“Inisiatif yang dipaparkan oleh Nestle Malaysia mencerminkan bagaimana industri boleh memainkan peranan bermakna untuk mengukuhkan piawaian halal dan membina keupayaan. 


Program itu mencerminkan komitmen berterusan JAKIM dan Nestlé Malaysia dalam memastikan ekosistem halal negara terus berkembang secara progresif dan berdaya saing. (kredit foto: Halal Malaysia Official)

 

“Ini menyokong usaha negara dan menggandakan kesan positif, lantas menyokong kedudukan Malaysia sebagai hab halal global,” katanya.

 

Sementara itu, Nestle dalam sebuah kenyataan memaklumkan bahawa kerjasama itu adalah sebahagian daripada strategi meluasnya bagi memperkukuh ekosistem halal negara melalui pembangunan industri, pendidikan serta pembinaan keupayaan rantaian bekalan.

 

Aranols berkata, kerjasama itu membolehkan Nestle untuk mewujudkan ekosistem halal yang menyeluruh serta melangkaui operasinya.

 

“Komitmen kami adalah satu amanah yang kami pikul setiap hari di seluruh operasi dan rantaian nilai, daripada kemudahan pembuatan bersijil halal hinggalah kepada komuniti yang kami beri khidmat.

 

“Bersama JAKIM dan pihak pemegang taruh yang sehaluan, kami telah memupuk ekosistem halal menyeluruh yang memperkasa golongan belia, menyokong usahawan dan mengukuhkan rantaian bekalan tempatan,” katanya.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

06 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Isha

pada

20:32

mosque
imsak

Imsak

05:42:00

fajr

Fajr

05:52:00

syuruk

Syuruk

07:02:00

dhuhr

Dhuhr

13:13:00

asr

Asr

16:32:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:32:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase