Back To Halal News

May 08, 2026 10AM

MAIWP sokong cadangan SPRM wujudkan undang-undang tadbir urus dana masjid, surau

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyambut baik cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pewujudan undang-undang khusus bagi memperkukuh tadbir urus dan pengurusan kewangan masjid serta surau.

 

Majlis itu juga terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan termasuk SPRM dalam usaha mengukuhkan integriti dan keyakinan masyarakat terhadap pengurusan institusi Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

 

“Untuk makluman, MAIWP sememangnya telah mempunyai peruntukan undang-undang dan mekanisme kawal selia sedia ada berkaitan pengurusan masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan. 


Cadangan itu susulan timbul isu dakwaan penyelewengan dana zakat yang tular di media sosial baru-baru ini. (kredit foto: Instagram Amir Rosyadie)


“Antaranya termasuk peruntukan di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] khususnya Bab VII berkaitan masjid, Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019, Garis Panduan Kewangan Masjid dan Surau Wilayah-Wilayah Persekutuan, dan Garis Panduan Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Surau) 2023 serta pemantauan melalui Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau.

 

“MAIWP komited untuk memastikan tadbir urus institusi masjid dan surau sentiasa berada pada tahap terbaik, telus dan berintegriti,” katanya dalam sebuah kenyataan, semalam.


Justeru, MAIWP berkata ia akan terus mengkaji keperluan penambahbaikan terhadap undang-undang, peraturan dan garis panduan sedia ada dari semasa ke semasa, selain memastikan aspek penguatkuasaan dilaksanakan secara berkesan.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

08 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Isha

pada

20:32

mosque
imsak

Imsak

05:42:00

fajr

Fajr

05:52:00

syuruk

Syuruk

07:02:00

dhuhr

Dhuhr

13:13:00

asr

Asr

16:33:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:32:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase