Back To Halal News

May 05, 2026 7PM

Ekosistem Halal MARA buka laluan ke pasaran dunia - Zahid

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH), Datuk Seri Ahmad Zahid berkata, industri halal melambangkan simbol kepercayaan, inovasi dan pasaran halal antarabangsa, sekali gus membawa makna yang jauh lebih besar.

 

Menurut hantarannya di Facebook, beliau mahu melihat usahawan Bumiputera berada di barisan hadapan, menguasai pengeluaran, inovasi dan pasaran halal antarabangsa.

 

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hadir merasmikan Ekosistem Halal MARA di Pusat Dagangan Antarabangsa (PWTC) Kuala Lumpur sempena ulang tahun ke-60 agensi kerajaan itu.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang serta Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.


Zahid ketika menyempurnakan Ekosistem Halal MARA di PWTC Kuala Lumpur, semalam. (kredit foto: Facebook Zahid Hamidi)

 

“Justeru, hala tuju ekosistem halal MARA yang saya gariskan memberi tumpuan kepada pengukuhan kepakaran halal, perluasan program bimbingan dan pensijilan, percepatan pendigitalan melalui MyHALAL MARA serta pembangunan ekosistem pendidikan keusahawanan halal yang lebih tersusun untuk melahirkan bakat baharu.

“Insya Allah, langkah ini akan membuka ruang yang lebih luas untuk usahawan Bumiputeria melangkah lebih jauh dan bersaing di peringkat global,” katanya.

 

Pada masa sama, media melaporkan seramai 327 usahawan MARA telah memperoleh pensijilan halal, manakala lebih 1000 usahawan telah dibawa ke pentas global melalui program Gate to Global.

 

Pencapaian itu, menurut Zahid, selari dengan agenda halal sepanjang Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang mengetengahkan usahawan Bumiputera dalam rantaian bekalan, jaringan eksport serta pasaran antarabangsa. 


Menurut Zahid, MARA memainkan peranan penting sebagai penghubung usahawan Bumiputera dengan peluang ekonomi lebih besar, tersusun dan bernilai tinggi. (kredit foto: Facebook Zahid Hamidi)

 

Tambah beliau, seramai 29 usahawan turut mencatatkan potensi transaksi jualan mencecah RM819 juta, selain pemeteraian 13 perjanjian persefahaman (MoU) bernilai RM70.2 juta sepanjang penglibatan dalam platform halal global tahun lalu.

 

Zahid berkata, ia menandakan satu pencapaian besar yang membuktikan produk Bumiptera mempunyai tempat dan nilai di pasaran dunia.

 

“Saya mahu tahun hadapan MARA melepasi sasaran RM1 bilion nilai potensi jualan di pasaran antarabangsa. Pada masa yang sama, saya menyasarkan sekurang-kurangnya 300 usahawan lagi memperoleh pensijilan halal pada tahun ini,” katanya.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

06 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Isha

pada

20:32

mosque
imsak

Imsak

05:42:00

fajr

Fajr

05:52:00

syuruk

Syuruk

07:02:00

dhuhr

Dhuhr

13:13:00

asr

Asr

16:32:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:32:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase