Back To Halal News

Apr 24, 2026 12PM

ABIM gesa reformasi sistemik pengurusan dana Muslim, cadang penubuhan badan penyelia

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa reformasi sistemik dalam pengurusan dana Muslim dengan kadar segera, termasuk mempercepat penubuhan badan penyelia seperti Suruhanjaya Amal Malaysia.

 

Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, langkah itu penting untuk memastikan badan amal dan badan bukan kerajaan beroperasi dengan ketelusan dan integriti tertinggi, mengelakkan sebarang pecah amanah.


Jelasnya, badan penyelia itu juga perlu dilengkapi dengan teknologi untuk mengesan aliran tunai serta melaksanakan audit yang konsisten dan menyeluruh.


"ABIM memandang serius laporan mengenai tangkapan berkaitan dakwaan penyalahgunaan dana zakat berskala besar. 


“Perkembangan ini menandakan bukan sahaja jenayah individu, tetapi kelemahan yang lebih mendalam dalam menguruskan amanah awam dan dana masyarakat.


"Kepincangan dalam operasi dalaman serta pengawasan dan piawaian yang tidak konsisten membuka pintu kepada penyalahgunaan. Sekiranya gagal diperbaiki, risiko ini akan terus berulang,” katanya seperti dilapor Bernama.


Fahmi mencadangkan mekanisme pengumpulan dana merentas negeri atau luar kawasan diselaraskan berdasarkan garis panduan yang lebih jelas dan seragam.


Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin. (kredit foto: Malaysiakini)


Tegasnya, langkah pewartaan dan pemantauan konsisten bukan untuk mengekang usaha amal, tetapi melindungi kepercayaan orang awam dan memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan. 


"Menguruskan dana komuniti seperti zakat bukan hanya berkaitan wang, ia juga mengenai amanah dan kehidupan mereka yang memerlukan. Apabila dana bocor, kesannya menjejaskan keyakinan orang ramai dan pihak yang akan mendapat manfaat.


"Integriti bukan sekadar menanda kotak prosedur; ia mengenai nilai teras dan tanggungjawab. Setiap dana komuniti yang diamanahkan kepada kami meliputi hak mereka yang memerlukan. 


“Oleh itu, kita mesti memperkukuh budaya amanah dan akauntabiliti di setiap peringkat. Tanpa amanah, dana yang dikumpul itu hilang tujuan sebenar," katanya.


Pasa masa sama, beliau turut menegaskan sokongan penuh ABIM terhadap siasatan pihak berkuasa bagi memastikan keadilan ditegakkan.


“Semua pihak perlu diberi ruang untuk siasatan dijalankan secara telus dan profesional, tetapi jika terbukti salah guna, tindakan tegas perlu diambil kerana ia melibatkan kepercayaan awam yang tidak boleh dipandang ringan.


"Sebagai kumpulan masyarakat sivil, ABIM kekal komited kepada tadbir urus yang telus dan bertanggungjawab dalam semua kerja amal. Kepercayaan awam adalah asas kepada bantuan kemanusiaan, dan ia mesti dilindungi dengan penuh integriti," tambahnya.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

24 Apr 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:45 (25 Apr 2026)

mosque
imsak

Imsak

05:46:00

fajr

Fajr

05:56:00

syuruk

Syuruk

07:04:00

dhuhr

Dhuhr

13:14:00

asr

Asr

16:29:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase