Back To All

Nov 12, 2025 4PM

Suruhanjaya Halal adalah strategi perkasa pensijilan halal usahawan

Penubuhan Suruhanjaya Halal di bawah Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) berpotensi memperkukuh pengurusan dan pensijilan halal negara secara lebih menyeluruh dan bersepadu, terutamanya dalam meningkatkan daya saing antara usahawan di pasaran tempat serta global.


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan berkata, kementerian itu tidak lagi menerima peruntukan khas bagi tujuan pensijilan halal sejak 2017 susulan tanggungjawab itu kini di bawah seliaan HDC. 


Bagaimanapun, Ramanan berkata Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Halal yang bakal ditubuhkan itu untuk membantu usahawan produk halal. 


“Memang kementerian ingin bekerjasama dengan usahawan-usahawan ini tetapi dengan adanya Suruhanjaya Halal yang akan diwujudkan itu, ia bakal mengambil alih semua urusan dan bantuan untuk pensijilan halal,” katanya dipetik Bernama.


Bernama melaporkan, beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai peranan kementerian dalam pengurusan sijil halal untuk usahawan.


Ramanan yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata sedemikian ketika sesi soal jawab dengan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa di Dewan Rakyat hari ini.


Buat masa ini, beliau berkata kementerian itu tertumpu kepada usaha meningkatkan daya saing produk usahawan yang meliputi aspek penambahbaikan pembungkusan serta penjenamaan produk khususnya produk halal.


Menurut Ramanan, KUSKOP sentiasa komited terhadap memperkukuh daya saing Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui program keusahawanan termasuk aspek pensijilan halal dan standard kualiti.


Ahli Parlimen Sungai Buloh itu merujuk inisiatif utama Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) oleh SME Corp yang bertujuan meningkatkan produktiviti, pematuhan pensijilan, promosi serta pengiklanan.


“Melalui program ini, sebuah syarikat PMKS yang menjalankan perniagaan jeruk telah menerima geran bernilai RM500,000 untuk pembelian mesin dan peralatan,” katanya.


Ramanan turut berkata Program Pembangunan Keusahawanan Halal (PPKH) pula berfokuskan tiga elemen utama iaitu pensijilan dan standard, pemasaran dan promosi serta sokongan kewangan dan bimbingan teknikal.


“Program itu memperkukuh kapasiti produk halal dari segi penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan, manakala Program Pengantarabangsaan Usahawan Halal (PPUH) pula mengembangkan dan mengukuhkan jenama halal Malaysia di pasaran antarabangsa,” katanya.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

16 Nov 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:39

mosque
imsak

Imsak

05:39:00

fajr

Fajr

05:49:00

syuruk

Syuruk

06:58:00

dhuhr

Dhuhr

13:01:00

asr

Asr

16:23:00

maghrib

Maghrib

18:59:00

isha

Isha

20:11:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase