Back To All

Apr 20, 2026 8PM

Lebih RM270,000 diraih untuk Gaza melalui kempen CSR Jasmine Food

Kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) #SinarUntukGaza anjuran Jasmine Food berjaya mengumpul dana kemanusiaan melebihi RM270,000 untuk disalurkan kepada rakyat Gaza yang terjejas akibat konflik berterusan dalam bentuk bantuan kemanusiaan.

 

Kempen yang dilaksanakan sejak awal tahun 2026 itu mendapat sokongan daripada pengguna, rakan niaga serta peruncit di seluruh negara melalui penyertaan dalam pembelian produk terpilih.

 

Ketua Pegawai Operasi Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd., Alan Kwong berkata kejayaan kempen itu mencerminkan keprihatinan masyarakat Malaysia terhadap isu kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

 

Beliau berkata, sumbangan yang dikumpulkan hasil penyertaan orang ramai melalui pembelian harian menunjukkan peranan sektor perniagaan dalam menyokong usaha bantuan kemanusiaan secara berterusan.

 

“Sokongan yang diterima amat menggalakkan dan kami menghargai peranan semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan inisiatif ini,” katanya dalam satu kenyataan.


Sekitar majlis penyerahan sumbangan Jasmine Food pada 17 April lalu. (kredit foto: Jasmine Food)


Bagi menyambut pencapaian itu, Jasmine Food telah mengadakan sebuah majlis penyerahan sumbangan pada 17 April lalu yang melibatkan penyaluran dana kepada MERCY Malaysia dan rakan kerjasama strategik, Cinta Gaza Malaysia.

 

Penglibatan kedua-dua organisasi itu adalah bagi menyokong usaha bantuan kemanusiaan Jasmine Food termasuk penyediaan keperluan asas, bantuan perubatan serta pemulihan komuniti di Gaza.

 

Susulan pencapaian itu, Jasmine Food akan meneruskan kempen tersebut sehingga Jun 2026 dengan menumpukan perluasan terhadap beberapa negeri Pantai Timur, termasuk Kelantan dan Terengganu, bagi membolehkan lebih ramai pengguna mengambil bahagian.

 

Menurut Alan, lanjutan kempen tersebut bertujuan mengekalkan kesedaran awam terhadap situasi kemanusiaan di Gaza di samping meneruskan sumbangan kepada organisasi bantuan yang terlibat.

 

Kempen itu dijalankan menerusi pembelian Beras Era Cap Sinar Timur, dengan kebahagian hasil jualan disalurkan kepada tabung bantuan kemanusiaan Gaza.

 

Alan memaklumkan usaha berkenaan selaras dengan komitmen syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat serta menyumbang kepada masyarakat melalui kerjasama dengan organisasi kemanusiaan.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

21 Apr 2026

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:15

mosque
imsak

Imsak

05:47:00

fajr

Fajr

05:57:00

syuruk

Syuruk

07:05:00

dhuhr

Dhuhr

13:15:00

asr

Asr

16:28:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase