Back To All

Mar 30, 2026 3PM

Ustaz Wadi: Hukuman penjara sahaja tidak mampu menyara waris mangsa

Penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar menegaskan hukuman penjara sahaja tidak memadai, memandangkan ia tidak mampu menyara anak yatim atau isteri yang hilang punca nafkah.

 

Beliau berkata demikian susulan tragedi seorang penunggang motosikal dirempuh pemandu mabuk dalam kemalangan di Jalan Raya Barat, Klang sebelum tercampak ke atas Perodua Myvi dan meninggal dunia di lokasi, semalam. 

 

Pendakwah terkenal itu menjelaskan, dalam Islam, keadilan masih belum selesai selagi keluarga mangsa tidak menerima pembelaan yang sepatutnya. 


Ustaz Wadi menyeru agar undang-undang dipinda supaya pampasan (diyat) sampai kepada waris dengan cepat tanpa membebankan mereka.


“Undang-undang perlu dipinda agar pampasan (diyat) sampai kepada waris dengan cepat tanpa membebankan waris,” katanya dalam sebuah kenyataan.

 

Menurut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), diyat adalah denda dengan jumlah yang ditetapkan ke atas kesalahan mengakibatkan kehilangan jiwa atau kecederaan anggota untuk dijadikan pampasan kepada mangsa atau keluarga mangsa.


Diyat adalah sebuah mekanisme yang efektif dalam usaha mengawal jenayah, menghukum pelakunya dan pada masa sama memberi keadilan kepada mangsa dan keluarganya. 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

31 Mar 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:56

mosque
imsak

Imsak

05:56:00

fajr

Fajr

06:06:00

syuruk

Syuruk

07:12:00

dhuhr

Dhuhr

13:20:00

asr

Asr

16:22:00

maghrib

Maghrib

19:24:00

isha

Isha

20:33:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase