Dec 08, 2025 5PM
HLISB perkukuh posisi peneraju Pengurusan Kekayaan Islam sempena ulang tahun ke-20
Hong Leong Islamic Bank (HLISB) mengorak langkah ke fasa baharu sempena ulang tahun ke-20 dengan memperkenalkan hala tuju strategik berteraskan pengurusan kekayaan Islam.
Pendekatan itu bukan sekadar menambah penawaran produk, tetapi membina rangka perjalanan kekayaan lengkap bermula dari generasi muda yang baru bekerja sehingga pembinaan legasi keluarga.
Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank (HLISB), Dafinah Ahmed Hilmi, menegaskan bahawa pengurusan kekayaan dalam kewangan Islam perlu difahami secara menyeluruh merangkumi lima tonggak utama iaitu penciptaan kekayaan, pengumpulan kekayaan, pemeliharaan kekayaan, penyucian kekayaan, dan pengagihan kekayaan.
“Setiap tonggak menawarkan produk dan penyelesaian berbeza yang mampu memenuhi keperluan individu pada setiap fasa kehidupan.
“Justeru, HLISB komited memastikan pelanggan memahami manfaat dan penyelesaian yang sesuai dengan gaya hidup masing-masing, sama ada mereka baru memasuki dunia pekerjaan, ingin membina keluarga atau memulakan perniagaan.
“Setiap peringkat hidup, termasuk keusahawanan, sebenarnya merangkumi kelima-lima tonggak Pengurusan Kekayaan Islam. Peranan kami ialah menyediakan penyelesaian yang holistik dan relevan,” katanya.

CEO HLISB Dafinah pada Majlis Ulang tahun ke-20 yang berlangsung di sebuah hotel di Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini
Perkasa belia melalui literasi kewangan
Seiring hala tuju yang menekankan komitmen pengurusan kekayaan Islam, Dafinah berkata, HLISB memperkenalkan HLB@CAMPUS yang dilaksanakan di tiga universiti, iaitu Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
Menurut beliau, program itu satu inisiatif yang bertujuan memperkasa belia melalui literasi kewangan dan merapatkan jurang antara pendidikan serta keperluan membuat keputusan kewangan di dunia sebenar.
Katanya, HLISB mahu memperkukuh kefahaman literasi kewangan dalam kalangan belia kerana mereka harus bersedia untuk menggalas peranan sebagai pemimpin masa depan.
“Program tersebut menawarkan penyelesaian perbankan yang berfokus kepada pelajar, bersama HLB Duitsmart, bengkel literasi kewangan utama HLISB, serta Program Duta Pelajar, yang mempersiapkan generasi akan datang untuk penciptaan kekayaan yang bertanggungjawab.
“Program itu membimbing pelajar tentang kepentingan menyimpan, berbelanja, dan melabur dengan betul bagi membuat keputusan kewangan yang tepat,” katanya.
Selain aspek literasi, Dafinah berkata, HLISB juga menyediakan ruang pembangunan bakat melalui program latihan industri yang lebih terstruktur.

HLISB menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan UCMI, yang bertujuan memperluaskan inisiatif waqaf dengan fokus pada keperluan kesihatan
Menurut beliau, program itu satu inisiatif yang bertujuan memperkasa belia melalui literasi kewangan dan merapatkan jurang antara pendidikan serta keperluan membuat keputusan kewangan di dunia sebenar.
Katanya, HLISB mahu memperkukuh kefahaman literasi kewangan dalam kalangan belia kerana mereka harus bersedia untuk menggalas peranan sebagai pemimpin masa depan.
“Program tersebut menawarkan penyelesaian perbankan yang berfokus kepada pelajar, bersama HLB Duitsmart, bengkel literasi kewangan utama HLISB, serta Program Duta Pelajar, yang mempersiapkan generasi akan datang untuk penciptaan kekayaan yang bertanggungjawab.
“Program itu membimbing pelajar tentang kepentingan menyimpan, berbelanja, dan melabur dengan betul bagi membuat keputusan kewangan yang tepat,” katanya.
Selain aspek literasi, Dafinah berkata, HLISB juga menyediakan ruang pembangunan bakat melalui program latihan industri yang lebih terstruktur.
Menurut beliau, ramai pelajar jurusan kewangan atau perbankan mungkin belum benar-benar memahami bagaimana sektor perbankan berfungsi.
“Program ini bukan sekadar mendidik, tetapi memberi gambaran jelas tentang apa yang boleh mereka jangkakan jika menyertai institusi kewangan,” katanya.
Sokong inklusiviti kewangan
Dafinah turut menyatakan harapan agar HLISB mampu memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat, termasuk bukan Islam, dalam usaha memperkukuh inklusiviti kewangan.

Dari kiri: Ahli Jawatankuasa Syariah HLISB, Dr Safinar Salleh, Dekan UIAM Prof Datin Dr Rusni Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Canselor UCMI Datuk Seri Prof Dr Noor Inayah Yaakub, CEO HLISB Dafinah, kumpulan HLB MD Kevin Lam, Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Fadzli Adam, Ahli Jawatankuasa Syariah HLISB, Dr Mohd Faisal Mustaffa
Katanya, melalui kemampuan teknologi dan pendigitalan, HLISB mahu memastikan pelanggan mudah mengakses perkhidmatan perbankan serta mendapat panduan tepat ketika membuat keputusan kewangan.
Beliau menambah bahawa pemahaman masyarakat terhadap perbankan Islam semakin kukuh, dengan hampir separuh aset perbankan di Malaysia kini terdiri daripada aset perbankan Islam.
“Kesedaran masyarakat terhadap perbankan Islam semakin berkembang apabila 47 hingga 48 peratus daripada jumlah aset perbankan di Malaysia hari ini merupakan aset perbankan Islam.
“Perkembangan ini, membuktikan masyarakat semakin memahami konsep asas perbankan patuh syariah,” katanya.
Menurutnya, kekayaan dalam Islam bukan milik mutlak manusia, sebaliknya amanah yang perlu diurus dengan penuh tanggungjawab.
Beliau berkata, ini merangkumi memperoleh pendapatan halal, menyimpan dan melabur melalui instrumen seperti akaun simpanan, unit amanah atau Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta memastikan perlindungan secukupnya sekiranya berlaku musibah kepada diri atau keluarga.
Selain itu, menurut beliau, proses penyucian kekayaan melalui sedekah, zakat dan wakaf juga merupakan komponen penting.
“HLISB kini bekerjasama dengan UCMI untuk membangunkan struktur bagi menyalurkan dana wakaf ke sektor kesihatan, sekali gus memperluas manfaat kepada masyarakat.
“Dalam rangka pengurusan kekayaan Islam, wujud juga elemen pengagihan seperti penulisan wasiat dan hibah.
“Keseluruhan perjalanan ini boleh digambarkan sebagai ‘daripada jasad ke jannah’, atau konsep cradle to grave, yang berterusan bukan sahaja di dunia tetapi memberi kesan kepada kehidupan akhirat,” katanya.
Menurutnya, HLISB juga menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan UCMI, yang bertujuan memperluaskan inisiatif waqaf dengan fokus pada keperluan kesihatan.
Waktu Solat


04 Mar 2026
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
06:06
















