Apr 08, 2026 2PM
Biodiesel kelapa sawit alternatif negara depani gangguan bekalan petroleum
Dipertengahan ketidaktentuan geopolitik global, biodiesel muncul sebagai kekuatan baharu negara dalam mendepani gangguan bekalan petroleum dan kenaikan harga diesel antarabangsa susulan konflik di Timur Tengah melibatkan laluan strategik Selat Hormuz.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, Malaysia berupaya membangunkan rantaian nilai tenaga domestik yang lebih kukuh melalui anak syarikat FGV Holdings Berhad, dengan memanfaatkan sumber minyak sawit tempatan sepenuhnya.
“Penghasilan biodiesel B100 dianggarkan pada harga di bawah RM5 seliter dan berpotensi menjadi alternatif berdaya saing kepada diesel konvensional, sekali gus menyokong usaha penstabilan harga bahan api domestik serta memperkukuh keterjaminan tenaga negara,” katanya dalam sebuah hantaran di Facebook.

Malaysia merupakan pengeluar dan pengeksport minyak kelapa sawit kedua terbesar dunia, menjadikan perkembangan tenaga alternatif itu suatu kelebihan buat negara. (kredit foto: Facebook FELDA)
Jelasnya, sejak tahun lalu, projek rintis penggunaan B100 melibatkan kenderaan penumpang dilaksanakan dengan melibatkan kenderaan penumpang manakala ujian lori tangki selama empat bulan pada 2024.
Inisiatif itu bukan sahaja tertumpu kepada pengurangan pelepasan karbon, namun menjadi langkah strategik bagi meneroka sumber tenaga domestik yang mampan.
Tambah Shabery, FELDA dijangka memulakan penggunaan B100 bagi langkah awal membuktikan keupayaan bahan api tersebut, selain memperkukuh kedudukan FGV Holdings Berhad sebagai peneraju industri biofuel negara.
Waktu Solat


09 Apr 2026
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:18













