Back To All

Feb 23, 2026 9AM

Program Santun Pelajar McDonald’s Malaysia sokong keperluan asas pelajar IPT

Program Santun Pelajar yang dilancarkan oleh McDonald’s Malaysia bertujuan menyokong keperluan asas pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara.

 

Antara inisiatif di bawah program tersebut turut merangkumi penyediaan satu juta hidangan Nasi Mekdi sepanjang 2026 bagi golongan pelajar kurang berkemampuan.  

 

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, peningkatan kos sara hidup meliputi makanan, pengangkutan dan penginapan memberi tekanan kepada pelajar di IPT.


Azmir Jaafar menekankan komitmen berterusan McDonald’s Malaysia dalam menyokong pembangunan belia melalui pendidikan, latihan kemahiran dan peluang pekerjaan.


“Ada yang terpaksa berjimat secara berlebihan atau bekerja sambilan sehingga menjejaskan tumpuan dan kesejahteraan mereka. Kami mahu memastikan keperluan asas tidak menjadi penghalang untuk mereka berjaya,” katanya.

 

Menurut Azmir, Program Santun Pelajar menunjukkan komitmen berterusan McDonald’s Malaysia terhadap pemerkasaan belia melalui latihan, pembangunan kemahiran dan peluang pekerjaan. 

 

“McDonald’s Malaysia sudah sekian lama menyokong pembangunan belia melalui kelayakan vokasional dan peluang pekerjaan melalui Akademi Vokasional McDonald’s serta program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). 


Azmir Jaafar (tengah) bersama para pelajar IPT memperkenalkan set Nasi Mekdi yang memberi impak positif melalui akses mudah kepada makanan berkhasiat.


“Dengan lebih 10,000 belia bekerja bersama kami, kami yakin akan kemampuan kami sebagai rakan pembangunan belia negara. Program Santun Pelajar ialah lanjutan semula jadi komitmen tersebut,” katanya.

 

Pengalaman dan rekod itu mencerminkan keupayaan McDonald’s Malaysia dalam memperluas sokongan buat pelajar IPT daripada kampus ke alam pekerjaan.

 

Mendukung pencapaian itu, Azmir menjelaskan Program Santun Pelajar akan menjadi langkah pertama ke arah ekosistem sokongan yang lebih menyeluruh dan melangkaui sekadar memenuhi keperluan asas, lebih dari segi pemakanan.

 

“Pelajar hari ini adalah tenaga kerja dan pemimpin masa depan negara. Tanggungjawab kami ialah memastikan mereka tidak terhalang oleh kekurangan keperluan asas untuk mencapai potensi sebenar,” katanya.


McDonald’s Malaysia sasar Program Santun Pelajar menyajikan 1 juta hidangan kepada pelajar IPT.


McDonald’s Malaysia berkata, sebanyak 20 IPT di 11 negeri menerima baucar Nasi Mekdi sebagai permulaan, memastikan pelajar terkesan mendapat akses kepada hidangan berkhasiat yang membantu mereka mengekalkan tumpuan dalam pembelajaran.

 

Pelajar boleh menebus baucar tersebut di restoran McDonald’s berdekatan untuk mendapatkan satu hidangan Nasi Mekdi yang merangkumi nasi, telur, kuah kari kentang, Ayam Tenders McD Pedas dan minuman teh ais lemon.

 

Sebanyak 50,000 hidangan Nasi Mekdi disajikan kepada pelajar terlibat setiap Isnin hingga Jumaat bermula 19 Februari sehingga 10 Mac 2026, menjadikan sambutan bulan Ramadan kali ini lebih bermakna.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

24 Feb 2026

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:29

mosque
imsak

Imsak

06:08:00

fajr

Fajr

06:18:00

syuruk

Syuruk

07:24:00

dhuhr

Dhuhr

13:29:00

asr

Asr

16:46:00

maghrib

Maghrib

19:29:00

isha

Isha

20:39:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase