Feb 23, 2026 2PM
KKM saran orang ramai berwaspada sepanjang Ramadan susulan peningkatan kes TB
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan langkah kesihatan kendiri sepanjang bulan Ramadan, susulan peningkatan kes keseluruhan penyakit tibi (TB) sebanyak 3,161 kes.
KKM menjelaskan, penularan penyakit tersebut berisiko meningkat sekiranya individu terdedah dalam tempoh yang panjang di ruang tertutup, sesak dan kurang pengudaraan, khususnya jika seseorang itu dijangkiti TB aktif sebelum menjalani rawatan.
“Perlu ditegaskan bahawa Ramadan bukanlah punca kepada penularan TB. Walau bagaimanapun, peningkatan aktiviti sosial dan perhimpunan sepanjang bulan ini secara umumnya meningkatkan interaksi dalam kalangan masyarakat.
“Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul, memastikan pengudaraan yang baik di ruang tertutup, memakai pelitup muka sekiranya bergejala atau berada di tempat yang sesak, mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami batuk berpanjangan melebihi dua minggu atau gejala lain yang berkaitan,” katanya.

Jadual berikut menunjukkan Pecahan mengikut negeri beserta kadar insiden (IR) bagi setiap 100,000 penduduk setakat Minggu Epidemiologi ke-6 bagi tahun ini.
Untuk rekod, penyakit TB ialah penyakit berjangkit bawaan udara yang merebak apabila seseorang penghidap TB paru-paru aktif batuk, bercakap atau bersin.
Namun, KKM berkata, TB lazimnya tidak merebak dengan cepat seperti influenza atau COVID-19 dan biasanya memerlukan pendedahan yang lebih lama serta berulang.
Sehubungan itu, KKM menenkankan pendekatan berasaskan kesedaran komuniti bagi memastikan pengesanan awal, rawatan yang berkesan serta pencegahan penularan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
“Dengan kesedaran dan tindakan bersama, kita mampu memastikan Ramadan disambut dalam keadaan selamat, sihat dan sejahtera,” katanya.
Waktu Solat


24 Feb 2026
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:29













