Back To All

Apr 16, 2026 9AM

Daftar Ibadah Korban boleh dilakukan dalam masa 3 minit sahaja

author

NUR AMIRA AFRINA

Ibadah korban kini boleh dilakukan semudah pendaftaran atas talian, sekitar tiga minit melalui platform EZ Qurban yang turut lengkap dengan sistem pengesanan (tracking) dan pelaporan masa nyata, memastikan keseluruhan rantaian telus dan peserta yakin beribadah.

 

Pegawai Syariah EZ Qurban, Mohd Amirul Kamarudin berkata, ciri-ciri itu memudahkan peserta untuk mengerjakan tanggungjawab di tengah-tengah kesibukan mencari rezeki, lalu menjadi nilai tambah dan keunikan syarikat itu dalam pelaksanaan ibadah korban.

 

Kebiasaannya, umat Islam yang ingin turut serta dalam upacara korban namun tidak ikut menyembelih, melapah, membungkus dan mengagihkan walhal menerima daging sekalipun akan ke masjid atau pengurusan kampung untuk membayar dan selesai.

 

Namun, EZ Qurban mengambil satu langkah ke hadapan dengan menyediakan alternatif digital bagi kemudahan itu agar keseluruhan proses dapat dijalankan dengan lebih efisien. 


Sistem digital EZ Qurban memudahkan peserta untuk mengesan daging agihan pada masa nyata, semua maklumat di hujung jari.


“Bermula daripada pendaftaran, peserta boleh mengesan dan semak status penyertaan mereka di fasa apa, sudah sampai di mana dan sebagainya. 

 

“Mereka juga dapat mengakses laporan lengkap termasuk e-sijil pelaksanaan korban. Bagi gambar dan video, penyediaannya tertakluk kepada permintaan serta kuota yang terhad. 

 

“Jadi, walaupun mereka tidak dapat melihat acara korban berlaku, mereka tetap menerima laporan lengkap daripada EZ Qurban,” katanya.

 

Menurut Amirul, peserta EZ Qurban boleh memilih pakej sama ada Lokal atau Global untuk mengagihkan daging yang ditempah kepada golongan yang memerlukan samada di dalam atau luar negara seperti Thailand, Somalia dan Kenya.


Amirul bersama anak-anak penerima daging korban melalui EZ Quran di Mombasa, Kenya.


Bagi peserta yang ingin mendaftar secara bersemuka, Amirul berkata EZ Qurban turut menyediakan kaunter akad fizikal di Batu Caves Centre Point.

 

Malah, beliau menggalakkan peserta untuk turut serta dalam upacara korban bagi mendapatkan semangat beribadah, terutamanya peserta yang mengambil pakej korban lokal.

 

Jelasnya, ibadah korban bukan sekadar bertujuan mendapatkan daging atau membantu fakir miskin, namun dilaksanakan untuk mentaati perintah Allah S.W.T.

 

“Apabila kita menelusuri sejarah ibadah korban itu, sejak zaman Nabi Adam A.S, anak-anak baginda diperintahkan untuk buat ibadah korban walaupun belum wujud manusia lain untuk menerima agihan daging.


Amirul bersama peserta EZ Qurban membungkus daging korban untuk tujuan agihan.


“Sama juga dengan sejarah ibadah korban pada zaman Nabi Ibrahim A.S. Pada waktu itu, hanya ada Nabi Ibrahim A.S, anaknya Nabi Ismail A.S dan Siti Hajar di Mekah. Tiada orang lain untuk diberikan daging korban. 

 

“Pada masa sama, perintah korban yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim A.S pada waktu itu menjadi bukti ketaatan kita terhadap Allah S.W.T, yang kita terap dan didik dalam masyarakat,” katanya. 

 

Tambah Amirul, bagi memastikan pelaksanaan ibadah itu mengikut garis panduan Syariah, EZ Qurban memperoleh sijil ISO sebagai bukti bahawa aktiviti dan dokumentasi yang mereka keluarkan adalah berdasarkan tatacara yang betul dan mematuhi standard ditetapkan.

 

Beliau menegaskan, pensijilan ISO amat penting bagi EZ Qurban kerana mereka berkecimpung dalam industri sembelihan ternakan halal yang memerlukan tinjauan ketat dan teliti untuk memastikan rantaian operasi mereka tidak tercemar dengan elemen-elemen meragukan.


EZ Qurban diaudit dua kali setiap tahun bagi memastikan SOP mematuhi piawaian dan petugas mereka berkelayakan.


Selain Prosedur Operasi Standard (SOP), setiap lapisan operasi mereka turut dipantau, termasuk latar belakang serta kelayakan petugas seperti urusetia korban, wakil dan penyembelih, bagi memastikan kecekapan dan integriti pelaksanaan. 

 

Beliau berkata, inisiatif itu adalah sebagai sokongan kepada sistem pendigitalan EZ Qurban dalam memastikan keseluruhan proses ibadah korban yang mereka jalankan adalah telus sepenuhnya.

 

Mengukuhkan dokongan tersebut adalah pelantikan badan amanah iaitu Amanah Warisan Berhad (AWARIS) yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memantau aktiviti dan aliran tunai EZ Qurban. 

 

“Jika ada pihak yang meragui operasi kami, menuduh kami menyeleweng dana, menipu pelanggan dan sebagainya, mereka boleh rujuk AWARIS. 


Amirul bersama peserta EZ Qurban di Kem Pelarian Dadaab, sempadan Somalia.


“Langkah ini penting dalam memastikan keseluruhan rantaian operasi kami bersih dan boleh dipercayai, mengukuhkan keyakinan pelanggan dalam perniagaan kami.

 

“Kami telah bersedia dengan pelbagai inisiatif untuk menyokong ekosistem EZ Qurban agar pelanggan kami dapat melakukan ibadah korban dengan tenang dan sempurna,” katanya.

 

Melalui pendigitalan ibadah korban, pensijilan ISO dan pemantauan oleh AWARIS, EZ Qurban beraspirasi untuk merevolusi industri itu ke tahap baru, memastikan ibadah suci itu kekal terpelihara di samping mengikut arus pemodenan. 

 

Ayuh lakukan ibadah korban bersama EZ Qurban.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

17 Apr 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:48

mosque
imsak

Imsak

05:48:00

fajr

Fajr

05:58:00

syuruk

Syuruk

07:06:00

dhuhr

Dhuhr

13:16:00

asr

Asr

16:27:00

maghrib

Maghrib

19:21:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase