Back To All

Mar 12, 2026 12PM

Ayam Brand anjur iftar CSR melalui program #AyamBersamaMu

Bersempena bulan Ramadan ini, Ayam Brand melalui program #AyamBersamaMu menganjurkan majlis berbuka puasa bersama warga Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak, semalam dengan sokongan NGO Dignity for Children Foundation.

 

Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling menyifatkan bulan puasa ini sebagai ruang untuk kita memperlahankan rutin kehidupan dan meluangkan lebih banyak masa dengan golongan yang memerlukan.

 

“Bagi kami di Ayam Brand, Ramadan adalah masa untuk kita berhenti sejenak dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.


Wei Ling (kanan) mengambil makanan dan beramah mesra dengan anak-anak Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak. (kredit foto: Ayam Brand)


“Walaupun hanya sekadar majlis berbuka puasa yang ringkas, kami berharap ia dapat membawa kegembiraan serta membuatkan anak-anak ini berasa dihargai,” katanya.

 

Seramai 55 orang kanak-kanak dan 12 orang penjaga hadir memeriahkan majlis berbuka puasa itu di Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak, Selangor untuk berbagi nikmat serta menghayati nilai kasih sayang, kesyukuran dan keprihatinan– sinonim dengan inti pati bulan yang mulia ini. 

 

Tambah beliau, iftar itu mencerminkan usaha berterusan Ayam Brand dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan menyumbangkan produk makanan berkhasiat melalui kerjasama strategik dengan pelbagai rakan komuniti. 

 

Walaupun diadakan secara ringkas dan santai, iftar tersebut memupuk suasana kekeluargaan yang mesra dan selesa untuk kanak-kanak terlibat, menjadikan keseluruhan inisiatif itu amat bermakna bagi semua pihak.


Wei Ling memberikan duit raya kepada anak-anak Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak yang telatah dengan bermacam ragam. (kredit foto: Ayam Brand)


Lebih menceriakan, para tetamu cilik itu turut menerima duit raya daripada Ayam Brand menjelang sambutan Aidilfitri yang akan kunjung tiba, selain produk makanan bagi menyokong keperluan harian pusat jagaan itu.

 

Sejajar dengan tema Makan Ceria, Kongsi Bersama jenama itu pada tahun ini, inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tersebut mengembangkan semangat perkongsian agar kemeriahan iftar dapat dirasai oleh semua.

 

Menerusi #AyamBersamaMu, Ayam Brand terus memperkukuh komitmen dalan menyokong komuniti yang memerlukan melalui gabungan kasih sayang, pemakanan berkhasiat dan kerjasama erat dengan rakan komuniti di seluruh negara.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

13 Mar 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

06:03

mosque
imsak

Imsak

06:03:00

fajr

Fajr

06:13:00

syuruk

Syuruk

07:19:00

dhuhr

Dhuhr

13:26:00

asr

Asr

16:35:00

maghrib

Maghrib

19:27:00

isha

Isha

20:36:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase