Back To All

Mar 30, 2026 12PM

Selepas 100 hari dilanda kemarau, Perlis dilimpahi hujan rahmat

author

BERITA HARIAN

Kemarau berlanjutan selama lebih 100 hari di bumi Perlis akhirnya menemui penghujung selepas negeri itu dilimpahi hujan rahmat yang membasahi beberapa kawasan sekitar, petang semalam. 

 

Berita Harian melaporkan, kawasan yang menerima taburan hujan adalah di sekitar Santuari Ikan Air Tawar Tasik Timah Tasoh, Beseri, Bukit Jernih, Batu Bertangkup, Belukar Lenga, Kubang Tiga, Bukit Chabang dan Semadong.

 

Hujan itu seolah-olah menjadi jawapan kepada doa rakyat Perlis pada 26 Mac lalu, sejurus penganjuran Solat Sunat Istiqa atau solat minta hujan yang meliputi 1,000 jemah termasuk diserikan dengan keberangkatan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

 

Ketika majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, solat itu adalah antara ikhtiar negeri sewaktu berhadapan cuaca panas melampau sejak Januari lalu. 


Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bersama 1,000 jemaah di Dataran Istiadat, Istana Arau pada 26 Mac lalu (kredit foto: Berita Harian)


Katanya, solat Istisqa adalah sunnah Nabi Muhammad dan menjadi antara ikhtiar ketika menghadapi ujian kemarau, selain menggalakkan umat Islam memperbanyakkan sedekah dan istighfar.

 

Terdahulu, media melaporkan air di Empangan Timah Tasoh menyusut akibat cuaca panas melampau, lalu mencetuskan kebimbangan ramai khususnya mengenai nasib ribuan ikan air tawar di kawasan sangkar santuari empangan berkenaan.

 

Fenomena cuaca panas berpanjangan itu juga mendedahkan perkampungan lama yang sebelum ini tenggelam di dasar tasik, sekali gus memberikan pemandangan unik yang menjadi tarikan pengunjung.

 

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), takungan air di empangan itu dianggarkan mampu bertahan bagi tempoh 81 hari lagi jika tiada hujan dan negeri itu terus dilanda cuaca panas. 


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

31 Mar 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:56

mosque
imsak

Imsak

05:56:00

fajr

Fajr

06:06:00

syuruk

Syuruk

07:12:00

dhuhr

Dhuhr

13:20:00

asr

Asr

16:22:00

maghrib

Maghrib

19:24:00

isha

Isha

20:33:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase