Jun 12, 2025 1PM
RHB Islamic, KPM lancar kad pintar pelbagai guna untuk pelajar TVET
Kumpulan Perbankan RHB melalui anak syarikatnya, RHB Islamic Bank Berhad dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan inisiatif RHB MyTVETKPM yang memperkenalkan kad pintar pelbagai guna untuk pelajar di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Kad pintar pelbagai guna itu berfungsi sebagai kad identiti matrikulasi pelajar dan juga kad debit RHB.
Seramai 74,000 pelajar daripada 86 kolej vokasional dan 9 sekolah menengah teknik di seluruh negara bakal mendapat manfaat daripada inisiatif itu.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali berkata, pelancaran MyTVETKPM mengukuhkan penjajaran RHB Islamic dengan aspirasi kerajaan Malaysia untuk meningkatkan sektor TVET.
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek bersama RHB Islamic di Majlis Pelancaran Kad MyTVETKPM
“Memandangkan TVET merupakan tonggak penting dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan negara, RHB amat bangga dapat menyumbang melalui penyelesaian kewangan yang praktikal dan mesra pelajar dalam menyokong pembangunan saluran bakat yang mampan,” katanya dalam kenyataan.
Pelaksanaan MyTVETKPM di seluruh negara adalah berasaskan kejayaan MySISWA yang diperkenalkan pada tahun 2022 dan melibatkan lebih daripada 600,000 pelajar daripada 20 universiti awam.
MyTVETKPM merupakan kesinambungan kepada penyelesaian inovatif yang direka khusus untuk pelajar TVET.
Dengan pembukaan Akaun Simpanan-i RHB Pro, pelajar akan menikmati pengalaman ‘satu kad untuk semua’ dan membolehkan mereka mengurus dana, membuat pembayaran tanpa tunai, serta menikmati promosi dan diskaun eksklusif.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali.
Faedah-faedah itu merangkumi keistimewaan yang ditawarkan oleh pelbagai pembekal dan rakan niaga RHB yang mengambil bahagian, termasuk dalam sektor makanan dan minuman, pengangkutan, pendidikan, produk dan perkhidmatan berkaitan gaya hidup, serta pakej telekomunikasi dan data.
Beliau berkata, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk memperkasakan pelajar dan institusi pengajian melalui ekosistem kewangan holistik. Pengenalan kad pintar pelbagai guna bukan sekadar kemudahan, tetapi juga alat untuk meningkatkan aksesibiliti dan keterangkuman.
“Ia menggalakkan pengurusan kewangan yang lebih baik, memupuk tabiat menabung dan menyokong peralihan ke arah kampus tanpa tunai yang pintar di seluruh negara,” katanya.
Perjanjian kerjasama untuk inisiatif itu telah dimeterai antara RHB Islamic dan Yayasan Didik Negara, iaitu badan filantropi rasmi Kementerian Pendidikan pada tahun 2024.
Waktu Solat


21 Jun 2025
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
05:42

