Back To All

Aug 12, 2025 7PM

Malaysia jadi hab perdagangan halal Korea Selatan

Malaysia mengukuhkan peranannya sebagai hab halal global apabila berfungsi sebagai pintu masuk utama bagi produk halal Korea Selatan ke pasaran Asia Tenggara dan Timur Tengah.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menegaskan, kerjasama dengan Korea Selatan penting bagi memperkukuh keterjaminan makanan negara melalui kepelbagaian sumber bekalan halal, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada satu sumber tunggal.

 

“Insya-Allah, usaha seperti ini akan diteruskan demi masa depan makanan halal yang lebih terjamin untuk rakyat Malaysia,” katanya melalui hantaran di Facebook.


Handawoon FSL Ltd - credit image FB Mohamad Sabu


Dalam lawatan ke Korea Selatan baru-baru ini, beliau berkesempatan meninjau operasi rumah sembelihan halal pertama yang diiktiraf di negara itu, Handawoon FSL Ltd, bagi menyaksikan sendiri proses penyembelihan dan pelapahan daging lembu premium Hanwoo yang mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa.

 

“Saya ingin memastikan bekalan makanan halal yang sampai ke Malaysia bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi juga benar-benar menepati piawaian syariah dan selamat untuk dimakan,” katanya.


Mohamad berkata, Malaysia kini menjadi satu-satunya negara yang menerima daging Hanwoo halal selepas Handawoon FSL memperoleh kelulusan untuk mengeksport ke negara ini pada Mei 2023.


Menurut beliau, syarikat itu juga berusaha menembusi pasaran Emiriah Arab Bersatu (UAE), sekali gus membuktikan keupayaan Korea Selatan menghasilkan produk halal yang mematuhi piawaian antarabangsa meskipun bukan sebuah negara Islam.



Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

13 Aug 2025

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:21

mosque
imsak

Imsak

05:51:00

fajr

Fajr

06:01:00

syuruk

Syuruk

07:11:00

dhuhr

Dhuhr

13:21:00

asr

Asr

16:38:00

maghrib

Maghrib

19:27:00

isha

Isha

20:39:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase